Wednesday, May 11, 2011

dengarkan wahai sahabat

"terima kasih jadi kawan saya!"

bersama bibir tersenyum,

hadiah buat kamu, kamu, kamu...

semalam,

kita ukir pelangi bersama,

pahit kita telan, manis kita rasa,

semuanya bersama.

hari ini,

aku masih tidak mampu,

lupakan saat semalam kita,

yang aku rasa sungguh hebat.

antara semua kisah,

tentang aku dan manusia-manusia,

kisah bersama kamu, kawanku,

seperti lain coraknya,

ternyata...

lebih indah!

walaupun berjuta batu jauhnya kita,

kau masih dapat menghidu,

gusar hatiku,

sedih jiwaku,

mahupun cerianya diriku.

kerna kau sahabatku bukan?

dan esok hari...

seperti memisahkan kita,

hingga aku takut mahu laluinya.

tapi kawan,

tidak mengapa,

aku mahu kita bersama-sama,

menggegar dunia.

mari kita berpimpin tangan,

lalui hari esok.

mari?

dan dengarlah sahabatku,

walau aku berjumpa manusia lainnya,

kau perlu tahu,

nama kamu, kamu, kamu...

masih jelas tertulis dalam diariku.


p/s: pinjam daripada notes facebook Siti Zulaiha

as kata2 semangat untuk aku to keep moving forward without Nur Harzuin by my side one day.. ilysm Nur Harzuin :)

1 comment:

Izzatulisme said...

patut aku rasa mcm pernah baca,. hehe.