Friday, June 3, 2011

my birthday

this is not my cake
2 jun is my birthday..
happy birthday to me
happy birthday to me
happy birthday to me
happy birthday to me....
yeah..
wo0p3x
best2 :)
1st tyme meraikannya di UiTM Kampus Tapah, Perak
as University student XD
let sing 4 me again and again
hahahaha..

doakan aku to be a better person
doakan aku berjaya dunia akhirat
doakan aku menjadi seorang yang baik
okey? :D

Tuesday, May 31, 2011

missing you =(

Masih di UiTM Kampus Tapah. Tercari-cari & terus mencari. Tapi macam takde yang seperti DIA. DIA=NUR HARZUIN HARUN
Susah nak live kat sini bcoz of different style of life. Aku takot aku terkandas dalam kancah life U. I know dat life at U banyak gila cabaran & I dont know whether I could even make it. Bak kata akak2 senior banyak je senior2 lain terkandas. Aku tak tau nak cakap kat sapa bcoz aku tau kat sini tak ramai yang faham DIRI aku ni. Im happy-go-lucky kind of girl on the outside but I've diff personality on the inside. Im fragile. Senang jatuh. Senang sakit. Senang terluka. But nobady(human being) can see dat xcept DIA. Aku cuma boleh bertahan. Hold on for a while. Trying to grab something so i dont fall down & get hurt. SUSAH! Tapi at least Im trying.

Aku pohon kepada-MU, Ya Allah kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi hidup ini di sini. Jauhkan lah aku dari segala malapetaka. Berilah ketenangan & ketenteraman jiwa kepada hamba mu. Terangkanlah hati hambamu ini supaya dapat belajar dengan baik. Ya Allah, kau bantulah sahabatku jua dalam menghadapi hidupnya. Tabahkan lah hatinya, Ya Allah. Lindungilah dia dari bencana, Ya Allah. Janganlah kau putuskan persahabatan kami, Ya Allah. Semoga kami bersama bergantungan & saling membantu sesama kami selamanya. Amin~

Saturday, May 28, 2011

UiTM


First tyme menjejakkan kaki ke UiTM tapah agak terkejut gak bcoz UiTM ni agak2 kecik berbanding UiTM lain.
Kak Khairunnisa cakap "tempat ni baru fasa 1, kat belakang ade byk fasa lagi nak dibina. ade lebih kuang 6 fasa".
Lepas saja aku letak bag & segala khazanah alam aku. Aku pon pergi lah turun bwh daftar.
Ps2 akak 2 kata "...sila siapkan pakaian utk seminggu, kita akan mengadakan Program Destini Siswa di UiTM Sri Iskandar".
So aku pon siapkan lah segala persiapan utk g sana. Bila sampai sana kitaorg disuruh(more kpd dipaksa kot) pakai baju kurung & pakai seluar track suit kat dalam & kasut sukan.
Bak kata akak 2 "kitaorg pon kena mcm ni jugak".
Aku dah agak2 tension dah. 1-3 days 2 okay lagi coz x byk org so tak la panas kat dewan n pusat islam 2. After dat baru lah huh 2000 org masok, gila pack + panas yang teramat-amat. Dah la makan kena rushing. Bangun pukul 3.30-4.00 pg pulak. Penatnya tak terkata lah. Mmg kat taklimat 2 aku tidor je. Tapi ade je abg & kakak OC tegur2 suruh bangun. Haila3x. Nasib baek seminggu je.
Pada waktu yang sama aku dapat khabar kawan aku kat sabda DZAHIR HAZIQ menghembuskan nafasnya yang terakhir waktu tanah runtuh kat rumah anak2 yatim baru2 ni. innalillahhiwainnialillahhirajiun..sedekahkn lah Al-Fatihah buat arwah beliau.
Sekarang saya berada UiTM tapah. Agak ok la. Sume tempat dekat nak pakai heel 4 inch pon boleh. Kwn aku ade yg masok U lain2 pada hary ini. So go0d luck ye! Maybe orientasi korang akan terseksa tp tabahkan je la haty korg. Ingat kita pon akan jadi SENIOR nnty. :P
Ini adalah Blok Siswa & Siswi
Tempat aku melepaskan lelah
Ini adalah Fakulti
tempat memerah otak dan belajar sampai berguling-guling

Tuesday, May 17, 2011

Sunday, May 15, 2011

Renung-renungkan!

“

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

”

Buatmu NUR HARZUIN


hei kawan
masih ingatkah dulu
masa kita hingusan
jelingan
permusuhan
kebencian
tiba-tiba bisa menjadi kawan
pelik bukan?

mungkin
aku takdirmu
kau takdirku
membantu sama sendiri
menampal yang perlu
kerana kita
manusia

saat ini
aku sedang tersenyum
meningati saat-saat bersama
penuh warna-warni
persis pelangi
namun adakalanya mendung
tanpa diduga
tapi itu yang mencorak
duniaku

tidak seronok bukan?
jika dunia ini penuh berlian
tiada kaca

aku toleh sebentar
melihat lakaran sejarah lalu
yang masih terlukis di minda
ada suka
ada duka

kalau aku bisa menghenti masa
aku mahu berada terus disitu
tidak berganjak
aku takut
jika aku maju
kau akan hilang
jauh dimata

tapi
apakan daya
aku tiada kuasa

dan aku bukan manusia hina
hanya pentingkan diri
aku mahu kau berjaya
mendaki menara
berlari ke langit
mengejar cita-citamu

supaya nanti
bila aku lihat kau
aku boleh bermegah
menjerit pada dunia
mengatakan
"dia sahabatku"

Wednesday, May 11, 2011

dengarkan wahai sahabat

"terima kasih jadi kawan saya!"

bersama bibir tersenyum,

hadiah buat kamu, kamu, kamu...

semalam,

kita ukir pelangi bersama,

pahit kita telan, manis kita rasa,

semuanya bersama.

hari ini,

aku masih tidak mampu,

lupakan saat semalam kita,

yang aku rasa sungguh hebat.

antara semua kisah,

tentang aku dan manusia-manusia,

kisah bersama kamu, kawanku,

seperti lain coraknya,

ternyata...

lebih indah!

walaupun berjuta batu jauhnya kita,

kau masih dapat menghidu,

gusar hatiku,

sedih jiwaku,

mahupun cerianya diriku.

kerna kau sahabatku bukan?

dan esok hari...

seperti memisahkan kita,

hingga aku takut mahu laluinya.

tapi kawan,

tidak mengapa,

aku mahu kita bersama-sama,

menggegar dunia.

mari kita berpimpin tangan,

lalui hari esok.

mari?

dan dengarlah sahabatku,

walau aku berjumpa manusia lainnya,

kau perlu tahu,

nama kamu, kamu, kamu...

masih jelas tertulis dalam diariku.


p/s: pinjam daripada notes facebook Siti Zulaiha

as kata2 semangat untuk aku to keep moving forward without Nur Harzuin by my side one day.. ilysm Nur Harzuin :)